Posts Tagged ‘personaliti’
Siapalah aku….
Sebelum anda memulakan pencarian kerja, anda perlu tahu siapa diri anda dan kerja apa yang sesuai dengan anda. Kalau main redah je…. (Macam Nadia AF6 pulak!) berkemungkinan besar anda tidak akan berpuas hati dengan kerja yang anda pilih.
Senang je nak buat..
Mula-mula senaraikan perkara yang anda suka dan tak suka lakukan. Tulis je apa yang terlintas di kepala. Catatkan juga pencapaian anda pada perkara tersebut. Tak kisahla anda suka buat ke tak – mana tau anda sebenarnya amat bagus dalam perkara yang anda benci tu…
Lihat contoh ini :
- Anda suka mencabar minda mereka sesuatu yang kreatif; masa kat sekolah menang pertandingan mencipta logo – cubalah bidang pengiklanan, hiasan dalaman ataupun bidang perfileman.
- Kalau anda suka benda-benda yang mekanikal; dulu suka ‘baiki’ barang keluarga – cuba bidang kejuruteraan atau teknikal
- Kalau anda rasa suka tolong orang, beri semangat pada orang lain; aktiviti kokurikulum jadi ahli Persatuan Bulan Sabit Merah – mungkin bidang perguruan, kaunseling atau pakar motivasi boleh menjadi pilihan anda
- Anda suka kalau orang beri perhatian pada anda; kalau ada pertandingan debat, andalah juara! – boleh masuk industri hiburan, perhotelan atau perhubungan awam
- Kerja-kerja yang teliti jadi pilihan anda; suka tolong mak sembat baju – bidang sains, komputer atau perakaunan memang mencari orang macam anda. Jadi wedding planner pun ok juga.
- Tak mahu kerja dengan orang? Jadilah bos sendiri! Lihat I’m the boss!!
Tidak semestinya perkara yang anda catat dan suka buat itu berkaitan dengan apa yang anda belajar. Di zaman ini, ramai orang yang bekerja di bidang yang amat berlainan daripada apa yang dipelajari semasa di universiti. Yang penting, anda kena yakin dan kuat semangat untuk menentukan masa depan hidup anda.
Sekiranya anda mendaftar di blog ini, saya akan berikan tips-tips dan motivasi untuk membantu mengenali diri secara percuma!


