Kerajaan vs Swasta

Ada orang kata bekerja di sektor kerajaan lebih baik daripada sektor swasta.
Apa pilihan anda?

Setiap pekerjaan ada pro and kontra. Terpulang kepada anda untuk membuat pertimbangan. Di bawah ini saya senaraikan perbandingan penting bekerja di jabatan kerajaan dan swasta.

Kerajaan vs Swasta

  Kerajaan Swasta
Waktu bekerja 3 pilihan waktu bekerja • 7.30 pg – 4.30 ptg • 8.00 pg – 5.00 ptg • 8.30 pg – 5.30 ptg Fleksibel bergantung kepada jenis industri. Secara amnya, waktu bekerja di sektor swasta adalah sama iaitu 9pg – 5 ptg, ataupun mengikut sistem giliran (shift).
Gaji permulaan Agak rendah berbanding kategori jawatan yang sama di jabatan swasta Bijak berunding, anda mungkin mendapat gaji permulaan yang anda mahu. Boleh mohon naik gaji lepas beberapa lama bekerja
Kenaikan Gaji Bergantung kepada Penilaian Prestasi Tahunan. Biasanya, semua kakitangan kerajaan mendapat kenaikan gaji – jumlah kenaikan adalah sama setiap tahun mengikut gred jawatan Bergantung kepada prestasi kerja – bukan semua orang akan dapat naik gaji
Faedah Boleh dinikmati setelah sah dalam perkhidmatan seperti • rawatan percuma di hospital kerajaan untuk kakitangan dan ahli keluarga terdekat • cuti belajar bergaji penuh • cuti tahunan lebih 20 hari (senang nak mohon pulak tu!) • pinjaman perumahan pada kadar rendah dan banyak lagi Tidak semua syarikat swasta menyediakan faedah untuk pekerjanya. Anda mungkin dapat claim bayaran klinik, tapi kena bayar sendiri jika masuk wad. Cuti tahunan pula biasanya antara 14 - 16 hari.
Bonus Mula tahun 1998, setiap tahun akan dapat sebulan gaji – kecuali tahun 2007 tiada bonus sebab dah dapat kenaikan gaji yang banyak (melebihi jumlah bonus!) Ikut keuntungan syarikat. Bagi yang bernasib baik, mungkin boleh dapat sehingga 4-6 bulan gaji
Tempoh percubaan 1 – 3 tahun. Perlu mengikuti kursus induksi selama 2 minggu (ada exam!) dan kursus Biro Tatanegara selama 5 hari Untuk fresh graduate biasanya antara 3 ke 6 bulan – bergantung kepada kecekapan bekerja dan samada bos suka atau tak..
Cara bekerja Sederhana, bergantung kepada Ketua Jabatan. Persaingan sesama penjawat awam tidak tinggi. Kenaikan pangkat biasanya mengikut seniority Fast forward! Persekitaran kerja agak sengit kerana masing-masing cuba menonjolkan diri supaya cepat naik pangkat
Jaminan Kerja Sangat terjamin! Bergantung kepada prestasi syarikat dan ekonomi semasa
Pencen/KWSP Boleh pilih samada nak pencen atau KWSP sebagai persediaan hari tua. Pencen sangat berguna untuk memastikan anda ada duit setiap bulan. Duit gratuiti juga akan diberikan mengikut tempoh perkhidmatan dan gred jawatan KWSP sahaja. Tak banyak syarikat yang menawarkan pencen untuk kakitangan

Organisasi kerajaan adalah sangat besar! Hingga hari ini, jumlah kakitangan adalah seramai 1.2 juta orang dan diketuai oleh Perdana Menteri. Oleh sebab besar, seluruh Malaysia ada cawangan – mudah mintak tukar sekiranya perlu.

Begitu juga dengan penempatan semula – nasib tak baik, kena transfer jauh dari keluarga.

Namun begitu, jika anda memilih sektor swasta, mudah bagi anda untuk bertukar kerja sekiranya anda sudah boring atau mahu mencuba bidang lain. Di sektor kerajaan, anda mungkin akan tersangkut dengan jawatan tersebut untuk tempoh yang agak lama.

So, macamana? Dah tau nak kerja di sektor mana? Sektor swasta gaji lebih, kerajaan kerja terjamin. Tepuk dada, tanya selera!