Posts Tagged ‘kerja kosong’

10 kaedah cari kerja

10 kaedah? Selama ini korang cuma tau 2 je kan? – iklan surat khabar atau internet. Tak cukup tu.. Di sini saya akan tambah 8 lagi kaedah supaya anda mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mendapat kerja.

1.Internet

Siapa yang tak pandai guna internet di zaman ini? Mudah dan murah. Percuma pun ada. Anda hanya perlu mempunyai alamat e-mail dan kemudian daftar di agensi maya seperti jobstreet, jobsdb dan monster malaysia.  Tulis resume mengikut template yang diberikan dan kalau ada jawatan kosong, agensi maya ini akan memberitahu anda melalui email supaya memohon kerja tersebut. Pohon je tau! Bukan confirmed dapat! Kalau nak lebih chance dapat kerja, tick option yang membenarkan bakal majikan melihat resume anda.

Bagi yang tak tahu, Kementerian Sumber Manusia Kerajaan Malaysia juga menyediakan khidmat begini dalam talian. Yang menariknya, khidmat tersebut juga disediakan untuk Orang Kurang Upaya dan ada pulak Program Train and Place untuk orang yang diberhentikan kerja, siswazah menganggur dan golongan belia. Anda boleh lawati jobsmalaysia untuk mendaftar.

Oleh sebab cara ini sangat popular, persaingan mendapatkan kerja juga agak hebat kerana anda perlu bersaing dengan jutaan orang yang lain! Setakat ini, belum pernah ada orang yang akak kenal mendapat kerja melalui laman web sebegini. Tapi jangan putus asa – cuba selagi jaya!

2. Suratkhabar

Sebelum era internet, suratkhabar menjadi peneman utama di hujung-hujung semester akhir. Setiap hari ada saja iklan jawatan kosong yang ditanda. Mencari kerja melalui suratkhabar memerlukan sedikit modal dan kesabaran (semua kaedah memerlukan kesabaran!). Kos beli suratkhabar (beberapa jenis), kos kertas untuk tulis resume, surat iringan, sampul surat dan setem. Kena pergi Pejabat Pos pulak tu!

Ramai kawan-kawan saya yang berjaya mendapat kerja melalui kaedah ini. Mungkin apabila anda mohon kerja melalui surat khabar, majikan lebih suka sebab ini menggambarkan kesungguhan dan kerajinan anda untuk bekerja.

3. Agensi pekerjaan

Anda hanya perlu pergi ke agensi yang berdekatan di kawasan rumah anda untuk mendaftar. Mungkin kena bayar antara RM10 – 20, tidak lebih dari RM50. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan khidmat agensi ini supaya tidak tertipu.

Kaedah ini menyerupai agensi maya di internet, tetapi peluang anda untuk mendapat kerja berdekatan rumah adalah lebih tinggi kerana syarikat-syarikat yang dekat lebih selesa berurusan dengan agensi seperti ini. Perbezaannya ialah apabila agensi ini menghubungi anda, bermakna anda telah terpilih untuk temuduga di syarikat tersebut.

Sekiranya anda berjaya dalam temuduga tersebut, bersedialah untuk membayar sedikit bahagian daripada gaji anda kepada agensi ini.

4. Daftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Pilihan ini adalah untuk anda yang mengintai peluang bekerja dengan kerajaan. Sila lawati laman web www.spa.gov.my dan klik pada borang SPA 8 untuk mendaftar. Jika terdapat kekosongan jawatan bagi kategori yang anda pilih, anda akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Saya telah beberapa kali menghadiri temuduga setelah mendaftar dengan SPA. Malah kerja saya pada hari ini juga dari SPA!

5. Contact!Contact!Contact!

Masa nilah anda perlukan semua orang yang anda kenal. Ibu bapa, kawan-kawan, saudara mara, pensyarah, cikgu tadika, jiran sebelah rumah dan sesiapa sahaja. Tanya pada mereka samada mereka tau ada lubang-lubang kerja.

Antara kenalan yang paling baik ialah bos ditempat anda membuat latihan industri. Beliau sudah tahu cara anda bekerja dan mungkin sebenarnya menunggu anda membuat panggilan. Anda boleh hubungi beliau dan gunakan kemahiran anda supaya anda ditawarkan kerja. Bagi yang bernasib baik, semasa latihan industri lagi mereka telah ditawarkan untuk bekerja disitu apabila tamat belajar.

Salah satu kelebihan menggunakan kenalan untuk mencari kerja ialah, bakal majikan akan menganggap anda seorang yang berkebolehan sehingga mendapat pensyoran daripada kenalan anda.

Begitu juga dengan saya, seorang kenalan telah membantu mendapatkan kerja pertama saya!

6. Jalan-jalan cari kerja (JJCK)

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninjau-ninjau peluang pekerjaan di sekitar tempat tinggal anda. Jenguk-jenguk sebarang kain rentang atau papan tanda iklan kerja kosong yang mungkin diletakkan dihadapan bangunan pejabat. Siapkan diri dengan berpakaian kemas dan bawa bersama sijil akademik anda.

Kalaulah masa tengah JJCK ni anda terjumpa iklan kerja kosong yang mungkin bukan pilihan anda, jangan terus berpaling. Cuba dulu tanya. Memanglah bukan kerja idaman anda, tapi sekurang-kurangnya anda boleh menimba pengalaman di situ. Anda boleh dapat pengalaman interview jugak! (kalau tak dapat kerja tu). Yang penting, jangan sombong dan jangan terlalu memilih.

7. Sasarkan syarikat

Jika anda berminat sangat untuk bekerja di sesebuah syarikat (mungkin sebab gaji yang tinggi atau tempat kerja yang bagus), anda boleh pergi terus ke syarikat tersebut dan minta borang permohonan jawatan untuk diisi. Untuk lebih mudah, anda juga boleh melayari laman web syarikat tersebut dan isi borang permohonan kerja secara online.

8. Karnival pekerjaan

Graduan mempunyai peluang yang baik mendapat kerja dengan menghadiri karnival pekerjaan yang diadakan setiap tahun. Ini kerana di karnival pekerjaan, majikan dari pelbagai industri samada dari sektor kerajaan atau swasta berkumpul untuk mengupah bakal pekerja.  Karnival ini juga memudahkan anda kerana tidak perlu banyak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Anda boleh semak jadual karnival ini di suratkhabar atau pun di laman web jobsmalaysia.

Siapkan diri dengan berpakaian kemas dan bawa bersama sijil akademik anda. Anda mungkin berpeluang untuk menghadiri beberapa temuduga semasa karnival ini.

9. Cold calling

Apa tu? Panggilan sejuk? Macam panggilan hangit ke? Maksudnya, anda telefon terus pada syarikat tersebut untuk bertanya mengenai jawatan kosong. Macam kaedah no 7, tapi dengan cold calling anda akan bercakap terus dengan Pengurus Sumber Manusia atau mereka yang bertanggungjawab mengupah pekerja. Bukan setakat isi borang sahaja.

Cara ini menunjukkan anda seorang yang berkeyakinan dan komited untuk bekerja – ciri-ciri yang dicari oleh majikan!

10  Hmm.. tak satu pun cara di atas berkesan untuk anda? Mungkin anda tidak ditakdirkan untuk bekerja dengan orang. Sebab itu saya masukkan kerja sendiri dalam salah satu kaedah mencari kerja. Saya asingkan kaedah ini pada topik khas kerana ada banyak perkara yang perlu diterangkan.

Macamana? Anda telah mencuba kesemua kaedah diatas? Terpulang pada anda untuk mula kaedah yang mana. Yang penting anda perlu ada kerajinan dan kesabaran. Apa? Anda ada kedua-duanya tapi tak berani nak mulakan? Ok, masa untuk mengubah diri anda!

Mulanya di sini…

Tahniah! Anda telah berjaya mengharungi suka duka mendapatkan sekeping kertas yang mengesahkan anda pandai belajar! Sekarang nak cari kerja pulak. Kertas apa pulak yang boleh sahkan anda ada kerja lepas belajar? Nak-nak lagi time gawat nih?

Jangan risau. Bermula dari saat ini, berkajang-kajang kertas anda akan perlukan untuk mencari kerja. Online atau offline. So, macamana nak mula?Ha! Sebab tulah blog ini diwujudkan!Di sini ini anda boleh mendapat segala panduan yang anda perlukan untuk mencari kerja buat pertama kali (kali keberapa pun tak kisah..).

Sebelum anda mulakan pencarian kerja, sila isikan nama dan alamat e-mail pada borang dibawah untuk mendapatkan tips dan pelbagai panduan berguna di alam pekerjaan. Saya juga mungkin akan memberitahu anda lubang-lubang kerja yang terbaru! Semuanya akan di e-mel terus kepada anda! Jimat duit.

Maklumlah, adik-adik baru nak mula hidup….

Sebenarnya banyak syarikat yang suka mengambil graduan baru untuk bekerja sebab boleh bayar gaji murah, boleh dikerah dan dimarah-marah – anggaplah ini semua cabaran dan pengalaman.

Tapi jangan ambil mudah. Mencari kerja adalah satu perkara yang membebankan. Banyak persediaan yang perlu dilakukan, baik dari segi mental dan fizikal. Anda juga perlu membina keyakinan diri untuk menempuhi cabaran yang bakal dihadapi semasa mencari kerja.So, jangan lengah-lengah. On your mark! Get set! Go!!!

Mulakan pencarian kerja anda dengan senarai berikut :

1. Perancangan karier – setiap orang yang berjaya ada perancangan.   Anda  mesti ada matlamat untuk masa 5 – 10 tahun yang akan datang (soalan yang biasa ditanya semasa temuduga) dan bagaimana anda akan mencapainya

2. Tanya diri sendiri samada anda mahu kerja makan gaji atau nak jadi bos

3. Cuba uji diri anda dengan Career test. Ia akan memberi panduan mengenai kerja apa yang sesuai dengan anda (Jangan lupa untuk kembali ke blog ini!)

Ada banyak kaedah yang anda boleh cuba untuk mendapat kerja yang anda ingini. Setiap satu mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Anda guna kaedah yang bersesuaian dengan anda dan lihat hasilnya.

Semoga Berjaya!