Posts Tagged ‘Cover letter’

Tips hebat untuk Cover Letter

Ya! Surat iringan atau cover letter merupakan peluang anda untuk membuat bakal majikan terpesona dengan anda. Walaupun anda memohon kerja secara online, cover letter masih lagi perlu untuk dikarang. Dalam surat iringan anda boleh nyatakan kekuatan dan kelebihan anda untuk melayakkan anda mendapat kerja ditawarkan.

Tujuan utama surat iringan adalah mendapatkan sesi temuduga. Jadi, gunakan ayat-ayat yang menarik dan powerful supaya bakal majikan berminat untuk berjumpa anda. Lagipun, majikan biasanya akan baca surat atau resume dalam masa 45 saat ke 1 minit sahaja. Jadi, gunakan masa yang singkat ini untuk menonjolkan diri anda.

7 perkara yang perlu diingat semasa menulis dalam surat iringan

1) Surat anda perlu ringkas tapi menarik

First impression counts! Oleh itu, pastikan surat anda menarik perhatian (Attention) dan mudah untuk dibaca. Surat anda perlu ditaip menggunakan kertas A4, saiz tulisan 11, spacing yang sesuai dan tidak mengandungi apa-apa kesilapan. Surat tidak perlu melebihi satu muka. Jadi, anda perlu cuba sedaya upaya menggambarkan kelebihan anda dalam satu muka surat ini (Hmm… tolak nama, alamat dan tandatangan tinggal setengah muka surat!).

2) Nama dan Alamat

Tuliskan nama dan alamat anda serta syarikat yang dipohon di sebelah kiri surat  Pastikan anda menujukan surat kepada orang yang betul dengan meletakkan nama orang tersebut. Telefon syarikat jika tidak tahu.

3) Perenggan pertama

Ini adalah perenggan paling penting kerana jika bakal majikan tertarik dengan perenggan ini, mereka akan berminat (Interest) untuk membaca perenggan seterusnya.

Anda boleh mulakan perenggan dengan bercerita sedikit kenapa anda menulis surat ini dan dari mana anda dapat tahu mengenai syarikat tersebut.

4) Perenggan kedua

Dalam perenggan ini anda perlu menyatakan kelayakan anda untuk memohon jawatan itu dan beritahu kenapa anda berminat dengan jawatan tersebut. Kaitkan dengan pengalaman kerja atau latihan praktikal. Gunakan perkataan yang menarik supaya dapat menimbulkan keinginan (Desire) majikan untuk berjumpa anda.

5) Perenggan akhir

Ya, anda Cuma perlu 3 perenggan sahaja. Perenggan akhir memerlukan tindakan (Action). Mohon tarikh temuduga yang sesuai ataupun beritahu si pembaca bahawa anda akan menelefon syarikat untuk menetapkan tarikh temuduga. Jadilah seorang yang proaktif!

6) Penamat

Habiskan surat anda dengan ucapan terima kasih dan gunakan salutation Sincerely yours. Tandatangan dan taip nama di bawah tandatangan anda.

7) Hubungi bakal majikan

Dalam masa seminggu selepas menghantar surat, hubungi majikan untuk mengetahui samada syarikat telah terima surat anda atau tidak. Jika sudah, minta bercakap dengan Pengurus Sumber Manusia dan minta tarikh temuduga yang sesuai.

Jangan takut menulis surat iringan. Ianya sama seperti menulis kepada seseorang yang perlukan sesuatu dan anda adalah orang yang mempunyai sesuatu itu. Asalkan anda menggunakan teknik AIDA (Attention, Interest, Desire, Action), anda tidak akan menghadapi masalah mengarang surat terhebat zaman ini!