Archive for the ‘Uncategorized’ Category
Selamat berjaya untuk calon PTD dan KPLI!
Tahniah untuk calon-calon yang telah terpilih untuk menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dan Mtest untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang akan diadakan esok (13 November 2010).
Dah bersedia ke?
Korang memang sangat beruntung sebab di zaman IT ni banyak tips yang boleh dapat sebelum pegi exam. Kalo dulu2, takde orang nak bagitau camane nak lulus exam masuk gomen. Semuanya kena usaha sendiri.
Untuk kedua-dua exam esok, memang dah diketahui susah nak dapat. Dan soalan-soalan examnye, masya-allah! Kalau sape yang tak suka bersosial atau ambil tahu apa yang berlaku di sekeliling, memang harapan sangat tipis untuk lulus exam. Kalo dah lulus exam pun belum tentu dapat pegi interview. Kalo PTD tu mau 2-3 kali exam baru dapat panggil interview. Ada jugak yang dah dekat 10 kali pegi exam, masih tak dapat-dapt jadi PTD. (Lupakan je lah dik…. mungkin bukan rezeki)
Nak masuk KPLI kalo dulu mudah, sebab post banyak kosong. Sekarang ni syarat pengambilan dah semakin ketat. Pointer lebih 3.0, ada chance nak lepas.
Ada ke yang dapat panggilan untuk kedua-dua exam esok? Nak pilih yang mana satu? Anda kena tahu apa bidang kerja PTD dan guru. Guru memanglah semua orang dah tahu. Tapi sanggupkah anda sekiranya ditugaskan di kawasan pedalaman? Kawasan yang sangat terpencil dan hanya ada kemudahan asas sahaja? Berita baiknya, anda akan diberi banyak elaun sekiranya anda ditugaskan di tempat-tempat tersebut.
Kalo PTD pulak, anda akan banyak terlibat dengan pengurusan. Sebab itu jika anda lulus interview, anda akan dipanggil untuk mengikuti kursus Diploma Pentadbiran Am selama 6 bulan. Selepas itu akan ditempatkan di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia. Kebanyakan PTD ada di pejabat-pejabat Kementerian di Putrajaya. Kelebihan PTD, senang naik pangkat. Ramai kawan-kawan saya yang keje 5 tahun dah dapat 2 kali kenaikan pangkat. Ada juga peluang untuk berkursus ke luar negara. Tapi tugas PTD juga mencabar. Kemahiran sosial dan problem solving memang sangat diperlukan.
Walau apa pun keputusan anda, ada hikmah yang berlaku disebaliknya. Berdoalah banyak-banyak.
Saya ucapkan selamat berjaya untuk anda yang nak exam esok. Bagi yang baru nak buat persediaan terakhir, boleh refer website berikut:
PTD – Tips Exam PTD
KPLI – Contoh soalan KPLI
Tips lulus temuduga kerja kerajaan (swasta pun boleh juga…)
Beberapa bulan lalu saya ada tulis mengenai kebaikan dan keburukan sektor swsta dan kerajaan. Oleh kerana saya pun bekerja di sektor kerajaan, dah tentu saya akan menyokong anda 100% sekiranya anda ingin bekerja di sektor kerajaan.
Tapi, oleh kerana banyak keistimewaan bekerja di sektor kerajaan, banyakla pulak persaingan orang2 yg cuba nak kerja di jabatan kerajaan. Jadi, makin susahla anda nak tembusi tembok kerajaan ni..
Don’t worry, saya takkan biarkan anda terkontang-kanting sorang2. Sesusah mane pun kerja tu, kalau kita usaha, Insya-Allah dapat. Dan saya tahu rahsia macamane nak lulus temuduga kerja kerajaan!
Rahsia ini telah terbukti berjaya dan jika anda bersungguh2 nak dapatkan kerja kerajaan, and mesti tahu rahsia ini! Dalam rahsia ni, ada banyak pulak rahsia2 lain! Macam2 ada…. Yang penting, rahsia teknik menjawab soalan temuduga akan dibongkarkan! Siap dengan contoh soalan dan skema jawapan lagi!
Walaupun rahsia ini dipanggil Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan, tapi saya rasa ia boleh juga digunakan untuk interview kerja swasta. Bukan tu aje, rahsia ini juga akan menyingkap kenapa anda masih lagi tidak dipanggil untuk temuduga dan contoh resume yang boleh anda guna.
Mari kita bongkar RAHSIA…..
10 kaedah cari kerja
10 kaedah? Selama ini korang cuma tau 2 je kan? – iklan surat khabar atau internet. Tak cukup tu.. Di sini saya akan tambah 8 lagi kaedah supaya anda mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mendapat kerja.
1.Internet
Siapa yang tak pandai guna internet di zaman ini? Mudah dan murah. Percuma pun ada. Anda hanya perlu mempunyai alamat e-mail dan kemudian daftar di agensi maya seperti jobstreet, jobsdb dan monster malaysia. Tulis resume mengikut template yang diberikan dan kalau ada jawatan kosong, agensi maya ini akan memberitahu anda melalui email supaya memohon kerja tersebut. Pohon je tau! Bukan confirmed dapat! Kalau nak lebih chance dapat kerja, tick option yang membenarkan bakal majikan melihat resume anda.
Bagi yang tak tahu, Kementerian Sumber Manusia Kerajaan Malaysia juga menyediakan khidmat begini dalam talian. Yang menariknya, khidmat tersebut juga disediakan untuk Orang Kurang Upaya dan ada pulak Program Train and Place untuk orang yang diberhentikan kerja, siswazah menganggur dan golongan belia. Anda boleh lawati jobsmalaysia untuk mendaftar.
Oleh sebab cara ini sangat popular, persaingan mendapatkan kerja juga agak hebat kerana anda perlu bersaing dengan jutaan orang yang lain! Setakat ini, belum pernah ada orang yang akak kenal mendapat kerja melalui laman web sebegini. Tapi jangan putus asa – cuba selagi jaya!
2. Suratkhabar
Sebelum era internet, suratkhabar menjadi peneman utama di hujung-hujung semester akhir. Setiap hari ada saja iklan jawatan kosong yang ditanda. Mencari kerja melalui suratkhabar memerlukan sedikit modal dan kesabaran (semua kaedah memerlukan kesabaran!). Kos beli suratkhabar (beberapa jenis), kos kertas untuk tulis resume, surat iringan, sampul surat dan setem. Kena pergi Pejabat Pos pulak tu!
Ramai kawan-kawan saya yang berjaya mendapat kerja melalui kaedah ini. Mungkin apabila anda mohon kerja melalui surat khabar, majikan lebih suka sebab ini menggambarkan kesungguhan dan kerajinan anda untuk bekerja.
3. Agensi pekerjaan
Anda hanya perlu pergi ke agensi yang berdekatan di kawasan rumah anda untuk mendaftar. Mungkin kena bayar antara RM10 – 20, tidak lebih dari RM50. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan khidmat agensi ini supaya tidak tertipu.
Kaedah ini menyerupai agensi maya di internet, tetapi peluang anda untuk mendapat kerja berdekatan rumah adalah lebih tinggi kerana syarikat-syarikat yang dekat lebih selesa berurusan dengan agensi seperti ini. Perbezaannya ialah apabila agensi ini menghubungi anda, bermakna anda telah terpilih untuk temuduga di syarikat tersebut.
Sekiranya anda berjaya dalam temuduga tersebut, bersedialah untuk membayar sedikit bahagian daripada gaji anda kepada agensi ini.
4. Daftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Pilihan ini adalah untuk anda yang mengintai peluang bekerja dengan kerajaan. Sila lawati laman web www.spa.gov.my dan klik pada borang SPA 8 untuk mendaftar. Jika terdapat kekosongan jawatan bagi kategori yang anda pilih, anda akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Saya telah beberapa kali menghadiri temuduga setelah mendaftar dengan SPA. Malah kerja saya pada hari ini juga dari SPA!
5. Contact!Contact!Contact!
Masa nilah anda perlukan semua orang yang anda kenal. Ibu bapa, kawan-kawan, saudara mara, pensyarah, cikgu tadika, jiran sebelah rumah dan sesiapa sahaja. Tanya pada mereka samada mereka tau ada lubang-lubang kerja.
Antara kenalan yang paling baik ialah bos ditempat anda membuat latihan industri. Beliau sudah tahu cara anda bekerja dan mungkin sebenarnya menunggu anda membuat panggilan. Anda boleh hubungi beliau dan gunakan kemahiran anda supaya anda ditawarkan kerja. Bagi yang bernasib baik, semasa latihan industri lagi mereka telah ditawarkan untuk bekerja disitu apabila tamat belajar.
Salah satu kelebihan menggunakan kenalan untuk mencari kerja ialah, bakal majikan akan menganggap anda seorang yang berkebolehan sehingga mendapat pensyoran daripada kenalan anda.
Begitu juga dengan saya, seorang kenalan telah membantu mendapatkan kerja pertama saya!
6. Jalan-jalan cari kerja (JJCK)
Rajin-rajinkan diri anda untuk meninjau-ninjau peluang pekerjaan di sekitar tempat tinggal anda. Jenguk-jenguk sebarang kain rentang atau papan tanda iklan kerja kosong yang mungkin diletakkan dihadapan bangunan pejabat. Siapkan diri dengan berpakaian kemas dan bawa bersama sijil akademik anda.
Kalaulah masa tengah JJCK ni anda terjumpa iklan kerja kosong yang mungkin bukan pilihan anda, jangan terus berpaling. Cuba dulu tanya. Memanglah bukan kerja idaman anda, tapi sekurang-kurangnya anda boleh menimba pengalaman di situ. Anda boleh dapat pengalaman interview jugak! (kalau tak dapat kerja tu). Yang penting, jangan sombong dan jangan terlalu memilih.
7. Sasarkan syarikat
Jika anda berminat sangat untuk bekerja di sesebuah syarikat (mungkin sebab gaji yang tinggi atau tempat kerja yang bagus), anda boleh pergi terus ke syarikat tersebut dan minta borang permohonan jawatan untuk diisi. Untuk lebih mudah, anda juga boleh melayari laman web syarikat tersebut dan isi borang permohonan kerja secara online.
8. Karnival pekerjaan
Graduan mempunyai peluang yang baik mendapat kerja dengan menghadiri karnival pekerjaan yang diadakan setiap tahun. Ini kerana di karnival pekerjaan, majikan dari pelbagai industri samada dari sektor kerajaan atau swasta berkumpul untuk mengupah bakal pekerja. Karnival ini juga memudahkan anda kerana tidak perlu banyak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
Anda boleh semak jadual karnival ini di suratkhabar atau pun di laman web jobsmalaysia.
Siapkan diri dengan berpakaian kemas dan bawa bersama sijil akademik anda. Anda mungkin berpeluang untuk menghadiri beberapa temuduga semasa karnival ini.
9. Cold calling
Apa tu? Panggilan sejuk? Macam panggilan hangit ke? Maksudnya, anda telefon terus pada syarikat tersebut untuk bertanya mengenai jawatan kosong. Macam kaedah no 7, tapi dengan cold calling anda akan bercakap terus dengan Pengurus Sumber Manusia atau mereka yang bertanggungjawab mengupah pekerja. Bukan setakat isi borang sahaja.
Cara ini menunjukkan anda seorang yang berkeyakinan dan komited untuk bekerja – ciri-ciri yang dicari oleh majikan!
10 Hmm.. tak satu pun cara di atas berkesan untuk anda? Mungkin anda tidak ditakdirkan untuk bekerja dengan orang. Sebab itu saya masukkan kerja sendiri dalam salah satu kaedah mencari kerja. Saya asingkan kaedah ini pada topik khas kerana ada banyak perkara yang perlu diterangkan.
Macamana? Anda telah mencuba kesemua kaedah diatas? Terpulang pada anda untuk mula kaedah yang mana. Yang penting anda perlu ada kerajinan dan kesabaran. Apa? Anda ada kedua-duanya tapi tak berani nak mulakan? Ok, masa untuk mengubah diri anda!


