About
Kalau anda rajin surf internet, anda pasti tahu yang laman web mengenai pekerjaan biasanya dalam bahasa Inggeris. Ya, memang biasanya kalau nak apply kerja anda perlu menggunakan bahasa Inggeris, walaupun anda tidak berapa fasih dalam bahasa ini. So, kalau tak fasih, macamana nak apply?
Don’t worry, itulah tujuan blog ini diwujudkan!
Anda akan dapati segala panduan adalah dalam bahasa Melayu, tetapi saya akan berikan contoh dan rujukan dalam bahasa Inggeris. Sekurang-kurangnya anda tau apa yang perlu dilakukan.
Saya bukanlah seorang pakar dalam human resources. Tapi saya tahu betapa susahnya untuk mendapatkan pekerjaan selepas habis belajar. Hanya segelintir sahaja yang berjaya mendapat kerja dalam masa beberapa bulan selepas grad. Yang lain biasanya terpaksa sambung belajar, amik KPLI, kerja part time atau menganggur beberapa tahun.
Jadi, berdasarkan pengalaman kerja hampir 10 tahun, saya ingin membantu adik-adik untuk berjaya. Lambat atau cepat, semuanya telah ditakdirkan.


