Selamat berjaya untuk calon PTD dan KPLI!

Tahniah untuk calon-calon yang telah terpilih untuk menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dan Mtest untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang akan diadakan esok (13 November 2010).

Dah bersedia ke?

Korang memang sangat beruntung sebab di zaman IT ni banyak tips yang boleh dapat sebelum pegi exam. Kalo dulu2, takde orang nak bagitau camane nak lulus exam masuk gomen. Semuanya kena usaha sendiri.

Untuk kedua-dua exam esok, memang dah diketahui susah nak dapat. Dan soalan-soalan examnye, masya-allah! Kalau sape yang tak suka bersosial atau ambil tahu apa yang berlaku di sekeliling, memang harapan sangat tipis untuk lulus exam. Kalo dah lulus exam pun belum tentu dapat pegi interview. Kalo PTD tu mau 2-3 kali exam baru dapat panggil interview. Ada jugak yang dah dekat 10 kali pegi exam, masih tak dapat-dapt jadi PTD. (Lupakan je lah dik…. mungkin bukan rezeki)

Nak masuk KPLI kalo dulu mudah, sebab post banyak kosong. Sekarang ni syarat pengambilan dah semakin ketat. Pointer lebih 3.0, ada chance nak lepas.

Ada ke yang dapat panggilan untuk kedua-dua exam esok? Nak pilih yang mana satu? Anda kena tahu apa bidang kerja PTD dan guru. Guru memanglah semua orang dah tahu. Tapi sanggupkah anda sekiranya ditugaskan di kawasan pedalaman? Kawasan yang sangat terpencil dan hanya ada kemudahan asas sahaja? Berita baiknya, anda akan diberi banyak elaun sekiranya anda ditugaskan di tempat-tempat tersebut. :)

Kalo PTD pulak, anda akan banyak terlibat dengan pengurusan. Sebab itu jika anda lulus interview, anda akan dipanggil untuk mengikuti kursus Diploma Pentadbiran Am selama 6 bulan. Selepas itu akan ditempatkan di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia. Kebanyakan PTD ada di pejabat-pejabat Kementerian di Putrajaya. Kelebihan PTD, senang naik pangkat. Ramai kawan-kawan saya yang keje 5 tahun dah dapat 2 kali kenaikan pangkat. Ada juga peluang untuk berkursus ke luar negara. Tapi tugas PTD juga mencabar. Kemahiran sosial dan problem solving memang sangat diperlukan.

Walau apa pun keputusan anda, ada hikmah yang berlaku disebaliknya. Berdoalah banyak-banyak.

Saya ucapkan selamat berjaya untuk anda yang nak exam esok. Bagi yang baru nak buat persediaan terakhir, boleh refer website berikut:

PTD – Tips Exam PTD

KPLI – Contoh soalan KPLI

Selamat berjaya untuk calon PTD dan KPLI!

Leave a Reply